Reality dalam exam

Assalamualaikum,

Hai readers yang tengah curious tentang exam.you think you are cute? then you are.siape aku nak deny korang right?
susah kan exam ni.cubalah tak payah buat,menyusahkan aku je.siries weh bila nak dekat dengan exam mood moody,sleepy and angry akan tersebar di seluruh kelas.dan ia tak menyeronokkan dan sampai bila-bila pun tak kan jadi seronok.but exam lah yang menentukan our future.slack tang tu je.kalau lah exam ni tak tentukan mase depan aku,jangan harap lah aku nak buat exam ni.and aku sure korang pun akan fikir macam aku fikir kan.

okey ,lets talk about reality in examination.kebanyakan benda ynag aku nak tulis hari ni hampir semua orang yang menduduki exam tahu.so , jangan buat muka blur blur bila bace entry ini.

 
and like usual,kepada yang berminat sahaja dibenarkan membace.sebab entry ini agak panjang.(aku dah bagi amaran awal ye)

exam.benda yang paling menakutkan setiap student.why ? sebab exam lah yang menentukan kau kelas ape time form 4 nanti , exam lah yang menentukan kos yang korang boleh ambil lepas spm nanti , exam menentukan sama ada korang boleh atau tak melangkah ke sekolah berasrama penuh, exam menentukan korang kerja apa nanti dan exam jugak menentukan future wife korang.mane tahu bakal bapak mertua buat exam jugak kan.

bila dah dekat dengan waktu exam, perkara ni lah yang selalu berlaku dekat aku dan juga budak budak kelas aku yang belagak pandai mase awal awal tahun dulu. word 'study last minutes' adalah samting yang biase biase je bagi aku.sebab aku selalu buat benda ni bila dah nak dekat dengan exam.sebab apa ? sebab aku rase tak perlu kot study awal awal ni.nanti aku lupe.sebab ape aku lupe ? sebab aku tak amalkan ilmu yang aku dah belajar. so padanlah dengan muka aku kan.korang,bila study last minutes korang akan study dengan penuh gelabah and kalut.ingat masuk ke ? otak hebat boleh la.kalau untuk aku yang memang low and lambat ni study last minit memang aku tempah satu sit kegagalan untuk diri aku sendiri.so kalau awak awak semua terdiri daripada golongan macam aku ni janganlah study last minit kan.jangan korang suka suka gagalkan diri korang padahal korang boleh berjaya.memang lah kita selalu dengar 'belajar dari kegagalan'.habis korang nak gagal dulu lah baru nak berjaya ? haha sory , aku tak belajar dari kegagalan tapi dari cikgu aku yang susah susah ajar aku abc mase kat tadika dulu. :')

bodek? mengampu ? biase kott.korang macam tak pernah tengok je.normal lah bila dah dekat dengan exam student akan  kamcing habis lah dengan cikgu or lecturer.becoz bila kita dekat dekat dengan cikgu , paling kurang pun kita akan dapat 10% soalan bocor daripada soalan exam kan.chance macam ni, aku time nak periksa pun tak boleh nak lepaskan.tapi bukan aku lah yang selalu mengampu cikgu tu.yang bodek cikgu tu member aku.agak agak dia dah dapat soalan bocor, aku bodek lah dia.kan senang.tak payah nak tebal muka terhegeh-hegeh jumpa cikgu bila dah nak dekat dengan exam.kang kena kutuk dengan cikgu je nanti.dapat pulak cikgu mulut ala ala pisau potong bawang tu , memang sedap la telinga menerimanya.

borrow-to-borrow culture.ohh..yang ni aku agak kurang berminat.aku agak slow bab pinjam meminjam ni.nota pun korang nak pinjam ye.mase cikgu bagi nota korang buat ape ? buat peta kat meja belakang sambil diulit mimpi indah? sedangkan aku sanggup bersengkang mata semata-mata nak salin nota.pastu senang senang kau datang kat aku nak pinjam nota.heh, sedap nye~.kang kalau tak bagi nanti di cop belagak and sombong pulak.payah betul lah life ni.hah, standard la tu.lagi lagi lelaki.malas nak tulis nota, time exam mintak notes kat girls.well perempuan kan rajin..dan disebabkan hati perempuan yang terlalu baik dan tulus , dengan senyuman yang ikhlas dimuka, mereka akan bagi nota dorang tanpa memekak ape ape.so nice.ape yang nice?  girls lah~

sikap yang aku tak suka dan paling benci jugak akan menular dan akan membiak dengan sendirinya time musim exam.Selfish.jual ikan.hello guys ,ke mane je korang nak selfish ni ? ha? pandai sangat ke sampai ilmu pun tak nak kongsi? okey , aku tau korang mesti feel agak rimas kan bila korang tengah dok khusyuk study untuk exam , tetiba datang kawan korang tanya soalan yang korang rase nak cakap "benda ni pun korang tak tau?".kok ye pun korang rase macam tu janganlah cakap depan dia.nangis karang budak tu.kalau korang nak senang just bagi nota tajuk yang dorang tanye tu then terangkan sikit macam mane nak paham nota tu.habis cerita.daripada korang buat muka mintak kaki sambil cakap nak tak nak better bagi nota kat orang yang tak tau macam aku ni ha.aku memang pantang sangat kalau aku tanye then dia buat muka.memang aku fedap.its will be the last time i ask her.lagi pun ilmu yang korang terang tu kalau tak ikhlas ia tak kan masuk dengan rapi dalam otak kami yang bertanye ni.buat orang yang bertanye tu sakit hati sahaje..

 

meniru,cheating.budaya la weyh.setiap sekolah even kat campus pon korang ade meniru kan? jangan tipu aku cakap tak de.ade punye.walau pun setakat sorang dua je.ia tetap dipanggil cheating.seronok kan meniru ni.tak payah dok study sampai pagi just buat nota kecik saiz pembaris macam tu lepas tu time exam bukak nota bawah paper.eh , aku tak buat ye.ingat aku tak tau ke taktik taktik bersih korang ni.tau tau je nanti result keluar korang punye paling tinggi and top.wahh..pastu bangga je kat cikgu cikgu..sumpah annoy gile.aku yang study bagai nak rak sampai siap gantung papan tande sila senyap kat depan pintu bilik,korang yang membuta sepanjang exam dapat good result yang bukan daripada titik peluh korang sendiri.lepas tu cikgu puji melambung pulak tu.wahh. wat de .. la an..wei tak de sorang pun yang suka benda ni kan .tapi nak buat macam mana,tegur pon tak guna.tengok je lah yang mampu ye dak ?

tidur a.k.a. membuta time exam adalah perkara wajar dan sering berlaku di sekolah sekolah, right? aku pun pernah tidur time exam, time jawab paper sejarah spm.hehe..sebab soalannya agak boleh dijawab (nak cakap senang,takot result lain nanti..) so , aku ade masa yang sangat cukup untuk semak dan tidur.time tidur, memang korang tak kan sedar ape akan jadi dekat paper korang,betul? mane korang perasan kalau paper korang dah penuh dengan cecair manis dan membentuk sebuah peta dunia yang baru kan ? haha..itu lah yang berlaku pade aku  kawan kawan aku.

Nerd.budak skema time exam memang akan dipandang tinggi.nak tau kenape? sebab dorang study lebih banyak dan lebih awal dari korang .time nak exam ni lah korang akan start bergaul dengan budak budak macam ni kan? yela budak skema ni nota dorang lagi gempak tau.tu yang best tu.boleh share. and ape yang aku tau ikut pengalaman aku , budak jenis ni agak tak kesah nak share ape ape pun, berbeza dengan budak budak pandai yang selalunya kedekut sikit nak share ilmu ni.so, to nerd boys or girls , time exam , korang tak kan berseorangan study..mesti ade orang nak study same same dengan korang.even kalau korang buat study group pun ,mesti ramai yang join..

so, time nak exam ,just make preparetion.so korang tak de la menyesal sangat nanti.
good luck in your next exam ! okey 

klik sini untu tengok cenderahati cute-cute

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Have a nice day everyone :)
- - - - -