My english + malay

Assalamualaikum,

bismillah,


semalam, saya buka satu website masakan hasil search untuk resepi cupcake. yeah.. i know how to baking , and i can baking a cake.*trust me* . hasil berjam-jam carian resepi. at last, i got the recipe yang tidak memerlukan menggunakan hand mixer. bukan sebab rumah saya tiada alatan mixer tersebut atau my mixer is rosak , tapi disebabkan saya memang semula jadi rajin untuk memukul adunan kek tersebut by using whisk(pengacau kek) . >_< . 


disebab kan saya terlalu berterima kasih dengan tuan punya resepi yang sangat baik hati sudi berkongsi resepi yang mudah and simple tu , saya merajinkan jari-jemari runcing saya ni untuk men-dropkan sepatah-dua kata speech terima kasih untuk si pemberi resepi. :) 


kakchik :
assalamualaikum .
thank you very much for the recipe, its awesome, seriously. because of the recipe my work become easier :) i memang dah lama cari yang not use hand mixer >_<  thank you again. 

si pemberi resepi :
welcome. oh, btw, u orang melayu kan? jadi sila guna bahsa MELAYU dan jangan rojakkan bahasa MELAYU. tak faham ok.

sekian.. 


see guys ? how orang kita berkomunikasi dengan orang kita jugak ? sangat polite kan :) dan saya sangat suka . 


-warning- 
this entry is ROJAK. campur BM BI sebab saya kurang vocabulary untuk bi dan sebab saya suka bahasa ibunda saya. 


sebenarnya, saya tak berapa nak faham lah. saudara yang menulis resepi ni dah terang-terangan sangat memahami bahasa inggeris since die punya resepi katenya di olah dari resepi yang ditunjukkan oleh website joybaking.com. bukan ke tu website omputeh ? kalau betul brader ni tak paham bahasa inggeris , jadi macam mana dia nak olah resepi tu ? 


oh, maybe he use google translate. tapi kan, setahu saya lah , google translate punye terjemahan sangatlah cermerlang sampai saya kadang-kadang kurang faham dengan perkataan yang telah diterjemahkan. 


apa yang saya dapat lihat dari balasan komen saya di blog brader tu adalah, 
a) dia memang anti dengan orang melayu yang suka berlagak cakap omputeh dekat blog orang melayu.
b) dia memang suka tegur orang untuk perkara sesimple itu untuk cari topik perbualan . (see, how i bersangka baik)


sebenarnya bagi saya, itu bukan lah satu isu yang besar pun sebab memang ramai yang spesis macam ni dekat negara kita. cuma, (saya menerangkan bagi situasi saya sahaja ye bukan situasi orang lain ), sebenarnya saya bukan lah berlagak atau sengaja nak mengada-ngada post atau komen di blog brader tersebut dengan menggunakan bahasa inggeris and melayu yang dirojakkan. saya hanya nak praktiskan bahasa yang saya belajar di campus. thats all. tapi why rojak ? erm.. -_-  saya tak banyak vocab la kawan-kawan ku sekalian.. so terbiasa campur. saya bukan nak rosakkan bahasa ibunda dengan sengaja, saya dalam proses belajar.paham ? 


untuk pengetahuan anda semua, campus saya, UIA adalah english speaking campus. bahasa penghantar kami adalah bahasa inggeris.even when i was in mahallah a.k.a my hostel , they are talked in english every time.everywhere.apatah lagi dalam class. full in english. so, what should i do as a student yang low in using english at there ? yeah.. saya senyap sudah .. 


malu ? erm.. boleh la.. dulu, before i get my confident like now, i even cant talk to my friend in my presentation. you now the reason ? because my english is suck. really suck. i have such a hard time before. when i become like statue infront of my lecturer and friends, i feel very down.. i cant look at them.. i feel like they will burst a big laugh on me. i just cant accept that. :(  really.


before this, at my old school, i was a debater,and even i was the only person that can give a talk for any presentation in my class. i take part in speech competition , also in forum competition..and ofkos la all in BM.. but when i was at uiam ? i feel lost.. when i sit beside a better person than me, i feel down. i dont know why.. 


but, because i think it only my starting life at campus, my first point at campus, i have decide, i must put a lot, very lot of effort to get what i want.so i start learning hard. i watch many of english movie per day, i bought english news paper, too many paper untill my roomate burn some of them -_- .i get closed to people that have good english, ask them to teach me, with nipis muka :) hehe. 


i learn every day, until my english test coming. and... i know it is my effort. at last, the result of my english test is excellent ! . i feel wanna cry that day when i see my result. i know, i can, i push my self to make it 'can'.


so.. after that, my english improved everyday, because my friend always help me . they will correct me if i was wrong. so how can they correct me if i'm not practise that language in my daily life ? i know, even now my english is still berterabur, grammar ke laut.. tapi at least i try ..


kalau kawan-kawan saya perasan , saya lebih suka beri komen menggunakn bahasa inggeris dari bahasa melayu di fb. tapi tak semua kawan-kawan saya suka , jadi saya rojakkan lah.. banyakkan bahasa melayu biar apa yang saya nak sampaikan kawan-kawan saya boleh faham dengan sempurna. tapi saya selitkan bahasa inggeris so i can improve my self and add more my vocab.


saya bukan tak sayang bahasa ibunda sampai sanggup nak rojakkan nya. tapi sila lah berfikir dari perspektif yang lain jugak. saya tak nak politikkan bahasa macam sesetengah orang selalu buat.. saya cuma nak belajar.  belajar perkara yang baharu. saya sedih bila ada yang kata saya hanya berlagak sahaja, mentang-mentang baru masuk campus international, dah nak belagak. bukan, bukan itu yang saya nak pembaca dan kawan-kawan fikir. saya bukan orang yang lahir-lahir dengan otak yang genius, tanpa study hard pun boleh score, saya seorang yang lemah dalam banyak perkara dan perlu usaha untuk improve. take note that.


saya tahu entry ni lebih kepada luahan perasaan saya, tapi itu lah yang saya dah lama nak sampaikan. saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa dan buat sesiapa tersinggung. saya juga seorang yang lalai. bukan terlalu sempurna hingga semua yang saya lakukan adalah kesempurnaan. 




Hang out

Assalamualaikum 

bismillah.. 

Dah lama saya tak buka blog untuk diupdate. tak tahu apa yang saya sibukkan -_- . but, yeah, actually i'm a little busy with  my little mrc work. next year mrc mahallah khadijah , my hostel at cfsiium will held a small mahallah festival at february i think.. oh. i forgot the date la -_- .. so i as mrc, mahallah comitee must arrange some event for our mahallah resident. and.... i kinda lazy to do that. urgh.. but when i think that is my responsible as mrc , so i need to do that perfectly. 


my beautiful mahallah :) 


the president has give me the job to do a cooking competition. and automatically i was the program manager for that event. *sigh*.  this is my first time handle such an event. even this event not too big and not too small , but still this is my first. so i feel big biger nervous yeah.. 


yelah , this event will be join with.. maybe some of the mahallah resident, so ofkos la they will be my event judge. so i need to do it with carefully and perfect :) so, sepanjang cuti semester saya ni, saya hanya habiskan masa dengan buat arrangement untuk that event sahaja . and sometime saya study sikit, hehe. do you trust  me if i said i have study on my cuti semester ? daa ~ jangan la percaya.  


ok, back to the main, so one day my bff, aien , come to my house and ask me to hang out with her.. only two of us. yaaa..!! the two of us ? hang out together without any disturbance from boys ? yeah, i want it .dah la berapa bulan saya tak jumpa si aien ni. aien ni memang study dekat uia juga, cuma saya dekat pj , and dia dekat gombak. i know, tak jauh pun, but dua-dua kinda busy lately so, tak menyempat nak hangout sesama. 


so, bila time cuti sem ni si aien ni ajak saya, and timing dia ajak tu agak tepat ,(becoz my mrc work dah nak siap) apa lagi yang nak di tunggu kan , bila lagi i nak hang out dengan dia berdua, she's my lovely buddies yop, she get with me since i was 5 years old, so can't u imagine how rapat we are ? hoho. 


so on that precious day, saya decide nak pergi mid vally only . but actually sampai sana , kami meronda sampai klcc , an than go to gombak sat, jalan-jalan dalam campus.. since saya belum lagi make my degree there, so aien bawak la i jalan-jalan dekat sana  >_<  and its totally fun.seriously



some of uia picture :)



so dari tg malim, we gerak pukul 10.30 a.m. kami naik bus je sebab benci nak naik ktm yang tahap kelajuannya macam siput tu. kami naik bus Tm 626, my fav bus.so, lepas 45 minutes in bus, we sampai dekat pudu sentral , tapi kami turun bukan dekat bus station la sebab malas nak jalan ke lrt yang perjalanannya agak jauh dan kami agak malas, so kami turun dekat depan lrt pasar seni, senang nak naik lrt. since aien tak pro sangat bab2 lrt change ni,saya la jdi guide dia.


dari lrt pasar seni kami ke kl sentral. haha padahal boleh je naik bas rapid ke kl sentral and terus change bas kat situ untuk ke mid vally. tapi ye la kami nak rasa travel kat atas kl. lrt kan dekat atas.lawa sikit view dia.hehe. sampai kl sentral, pusing-pusing jap for shopping,i know, there is nothing we can shopp at kl sentral but that day ade small book fair la kat situ so saya nak cari la buku yang berkenan di hati, malangnya tak ada pulak buku yang menambat jiwa ni. so we teruskn perjalanan ke midvally naik bus je, murah ^^, 



too much christmas present >_<


she's aien ^_^


see how simple i'am outing with her yang gorjess :P



see! aien's head , she want me to crop her face .. -_- how weird...



sampai mid vally kami jalan-jalan tengok pokok krismas je. sangat cantik.banyak sangat hadiah-hadiah krismas yang hanya untuk ditayang kat merata-rata tempat.so we took picture with them.hiks.  mereka buat pameran di setiap court kat situ. so setiap kali kami nampak court je kami berhenti and posing cukup-cukup.dah penat jalan-jalan and beli barang, yeahh.. shopping la kan, tak kan pegi mid jalan-jalan kosong kot.. then kami makan dekat kfc and continue our journey to klcc yaww~ 



to fill our stomach ^^,


sebenarnya we nak terus balik lepas tengok movie twillight kat mid tadi, tapi si aien ni teringin nak pergi klcc dengan i berdua..huhu ,mengada. 



outside of klcc. mendung kan ? 


inside of klcc, too many people huh ? -_-


ni je picture at klcc yg tak de pic kami berdue that i can post,
sory guys ,
 i kena jaga hati kawan 


then kami decide nak jalan-jalan klcc dulu before balik.. ok, macam biase kami go to kl sentral , took lrt to klcc :) sampai je klcc.. kami pun masuk and jalan-jalan dalam 10-15 minit macam tu, then.. tiba-tiba aien's phone berbunyi pulak.. so, dipendekkan cerita, aien disuruh ke gombak dalam minggu ni and get her belonging as soon as possible . so, kami deside nak pergi gombak hari tu and ambik je barang tu. malas aien nak ke kl lagi.dah la kami ni kalau nak pergi ke kl tu nunn jauh disana. agak susah sebab kami tinggal agak pendalaman. well. kami ni generasi kedua felda , so stay at felda lah kan .and felda, obviously  far from the city.



terminal terakhir lrt.from this we took the rapid kl and go to uia :)



sampai di gombak, i accompany her to get her belonging at her lecturer room. after that, before balik aien bawak saya jalan-jalan dalam campus. gombak is main campus for uia. for non-science student who want to take degree must take it at gombak. and  for science student is at campus at kuantan.disebabkan tempatnya yang memang tersangat lah besar, saya jadi penat yang teramat sangat. keluar masuk kuliiyyah kat situ macam that uni is belong to my parents.haha . 



uia <3 



then, kami solat di masjid uia tersebut.. Ya Allah.. sangat cantik dan besar masjid tersebut. yang menariknya, masjid itu bukan sahaja dipenuhi oleh student lelaki(brother) , tetapi student perempuan (sister) pun turut memenuhi masjid tersebut,hampir menyamai bilangan jemaah lelaki (tapi lelaki lagi ramailah). bagusnya.. macam dekat semua masjid-masjid besar yang lain, facilities kat dalam dan luar sangat memuaskan. saya suka sangat. 



so beautiful :) 



jam dah menunjukkan pukul 8 malam, so kami pun gerak meninggal kan uia and balik ke rumah.. 


hari tu memang sangat memenatkan, tapi sangat sangat sangat lah seronok. i just cant describe that day with the word. we have took the picture.tapi saya tak nak post semua picture dalam blog ni. becoz aien said it too public.. so, when i hang out without her, i will post  my picture ok, sorry for that ..>_< 


thank you for reading :)




Tips before you buy the shoes :)

 

21/11/2012

Assalamualaikum olz :) 

boring ? this is some tips i want to share with you ols. kakchik dah lame tak update then suddenly the idea come to my mind. so i tak nak lengah2 takut i terlupe. so the tips is about how u gurls nak beli shoes



ok , hari ni saje2 nak share tips kat korang sebelum nak beli kasut. hellow, we as a gurl jangan nak tipu i yang you, you and you yang kat sana tu tak pernah beli kasut. i tau you ols ni kalau nampak je shoes shop mesti la lepas tu nak jadi mengada-ngada dan menggedik-gedik dengan boyfie2 korang tu kan ? alala.. , ingat kakchik tak tau .. i pun gurl jugak,.. >_< 

1)  i cadang kan you ols go the shop when the evening is coming.. get what i said ?  i cakap macam tu becoz bila waktu petang ada 1 rahsia tentang your feet yang korang tak pernah tau. which is kaki korang akan mengembang bile waktu petang. yes, i said kembang, membesar. then, kakchik, why the hell kitorang kene pegi that shop at waktu petang, waktu kaki kembang ? why ? why ? 

hey, tak kan la kau tak boleh fikir kot adik2 dan kakak2 kesayangan ku sekalian.. bile kau beli kasut waktu kaki kau membesar, well tak lah membesar mana pun, sikit je kut, tk nampak pun rasenye. then, time tu kau akan beli kasut yang kau boleh pakai bile kaki kau mengecut balik. see ? 

2) macam yang biase korang buat, ukur size kaki guna kaki, bukan mata ye . jangan nak mengada-ngada main anggar je saiz kasut yang korang nak beli tu. what i mean is, setiap kasut mempunyai cara pengukuran saiz yang berbeza. macam korang beli sandle, sain sandle yang biase korang pakai ialah 8 for exmple,  then kau beli sneakers. kau ingat kalau kau malas nak ukur kaki kat sneakers tu then kau sebut je saiz 8 macam saiz sandle tu masuk ke sneakers tu dengan kaki kau ? ofkos NOT. i pernah kerja dekat shop shoes la awak.. i tau la .. 

3) ukur kasut di kaki sebelah kanan. sebab ? kaki sebelah kanan korang lebih besar dari kaki sebelah kiri :) 

4) kalau beli kasut tu biasa kan la diri anda untuk pilih saiz kasut yang besar sedikit dari kaki asal anda. sedikit sahaja. sebab u ols nanti boleh pakai lama sikit. i tau kaki u ols ni cepat membesar ~. tapi kalau u ols jenis 'beli 1 , buang , then beli baru ' so, beli la ikut ngam-ngam kaki anda :)

 


5) elakkan anda-anda sekalian dari membeli kasut yang dapat memudaratkan kaki korang. ermm.. like kasut 'terlampau murah'. bukan i nak cakap u ols kena beli kasut yang mahal or berjenama je. but fikir.. kenapa kasut tu agak mahal ? sebab fabrik dia bagus and bukan tiruan or dibuat dari plastik. bile fabrik bagus, kaki korang akan dapat tempias nye. kalau kasut yang terlalu murah atau 'bandle' selalunya kasut tu jenis yang tak laku sebab tak lawa, fabrik cepat koyak, tiruan, and product yang senang rosak or plastik. trust me, product macam tu akan memudaratkan kaki anda :) 

6) bila korang beli kasut , then masa ukur size, WAJIB untuk anda-anda sekalian untuk pakai then berjalan. kalau nak selesa pakai kedua-dua belah and then u guys berjalan la round-round 1 kedai tu biar sakit hati orang yang jage tu. haha. kenape ? alah, untuk tau kasut tu selesa ke tidak dengan kaki kita. :)

7) kalau anda nak beli sneakers, anda kena pakai stokin tau time ukur size. sebab dah terang-terang kalau anda pakai stokin saiz kaki anda akan berubah. so tak de lah masalah bile kasut tu dah selamat sampai rumah nanti. tak de lah korang mengadu kasut kecik la, kaki kembang lah bile time korang nak pakai nanti . :) 

8) periksa tapak kasut yang korang nak beli tu. pastikan tapak kasut tu kuat annd tak tertanggal or jenis yang cepat tertanggal atau tapak kasut yang mengeluarkan bunyi-bunyi yang menyakitkan telinga sendiri dan orang lain. lagi 1, pastikan tapak kasut anda tu tidak licin ye. kalau licin ermm.. kesiann... 

9) korang kena ingat keselesaan kaki penting bila korang nak beli kasut.benda tu paling kita kene consider. sebab korang kena pastikan korang tidak menghidap penyakit kuku cekam.sakit woo..so, nak elakkan, time beli kasut pastikan kasut tu mengikut keselesaan kaki .terutama bahagian ibu jari :) 

10) jangan korang mengada-ngada beli kasut jenis stileto kalau korang ada masalah tulang belakang. tau kan kasut stileto tu kejadah ape, kasut high heels tirus yang lebih 4 inci :)  bile pakai kaut tumit tinggi , sirius, memang akan menjejaskan tulang belakang korang. so , hati-hati. (nasib aku peminat tegar sneakers)

 


selamat membeli kasut (^_^) *haritu pakai wedges, nampak macam ... cun pulak .huhu



lets merungut guys !

27/9/2012

Assalamualaikum u ollzz..

having such a hard time huh ? yeah.. i having such a hard time these days with some of work become the comitee.. ohh. i just thing that i not good enough to manage some society's work. 

yeah.. i just want to merungut here.. i dont know what possessed me to join anything society that for me its not good society to me to manage it. daaa ~ menyesal. now i must to proceed with them. with no ikhlas anymore. ngah ngah ngah . hate it. feel lazy ? yeah.opkos la.. aku rase ingin bermalas-malas di uia ni.. why ? becoz i already a lazy gurl. dont u know ? ok , u know now.  


i just finish my speaking test jam 10.30 a.m tadi & guess what ? i get hard title u !! arghh.. ok fine.. bi aku ni low je weh.. dok le hebak mane pung.. so bile si puan examiner i tu give us topic for our discussion  and when i see the topic suddenly i jadi blank. mate i memutih and otak i dah kureng menjalankn kerja2 yang supposed die buat. can u see how hard that topic to my group to discuss ? hah! but i still can act cool infront of that 'puan' and all my group members ~ yeah.. thats my personality. i still can act slumber even dah malu on something,. hak hak , ofkos la i kena slumber , if not me so who else yg dapat relax kn my group.. dorang nye muke pun i tengok agak la cuak sikit.. well, the mark of that test will bring to the final bahh.. ape tak takut nye.? 


yesterday pulak.. i ade meeting with the comitee of 'some society'. and i skip meeting tu. why i skip ? becoz i have a lot a works la guys.. and today the pres want to see me. ofkos she want to see me, since i dah lame tak show up dalam meeting.ok then i pun dengan muke tak bersalah pasang la niat yang tegar nak pegi la jumpe the pres. she ask me to see her on 9 a.m. wait, 9 a.m ? 9 a.m ? what the heaven yop.. akuh ade speaking test time tuh.. and then i ask her to change the time and u know what she said ? she say " u are too good enough to give me an excuse, miss. see me or just drop ur position in this event (society tu lah) " . and aku ... BLANK. u know, i really have attend that test and i dont want that cool pres drop my position. so what should i do ? yeah. i do nothing. i hate them. they make me full of stress. i dont care anymore about that  pres. what the fish.


today, on 1 p.m nanti akan ade talk pasal kerjaya. and that poster said compulsory. wait. compulsory ? ahah! seumur hidup i kat uia ni, talk2 yg ade word compulsory ni jarang benor aku tunjuk muke . and today die buat talk tu pukul 1 p.m smpai 2.pm. u know what ? at 2 p.m lak i ade class smpai pukul 4 p.m ? then bile time i nak pray nye ? aduyai.. agok la nak buat talk pun.. bukan solat je i tak sempat tau.makan, benda penting tu pun nampak macam memang tak ade harapan sempat. so ? the answer? i pegi ke tak ? ofkos not ~ .i dont care about what my roomate, groupmate, classmate will say. i just dont care. i buzy u buzy~.. paham tak ? grr -_-
 

dah, aku nak pegi class. bye . btw, have a nice day yaww >_< 



Tidak perlu risau jika belum berpunya

22/9/2012

bismillah.. 
Assalamualaikum.. 
setelah sekian lama kakchik tak mengepost , hari ni tiba-tiba datang mood nak post.. 
btw, this is coppy from book Qasdina .not my own word :) 
Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.
...
"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas halal & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

Driving to Kuala Selangor

6/5/2012

Assalamualaikum dan bismillah :)

today just for suke2 post lagi new entry setelah sekian lama tidak menaip di blog.aku agak boring sebenarnya hari ni.lepas melantak kari kambing mak aku masak tadi tiba-tiba aku teringat saat-saat aku bersama kereta my brother 2 hari lepas.yerr.. benda ni dah basi dah, baru sekarang aku nak cerita.

cerita aku pendek je hari ni.look at the title ye guys,'driving' .so bererti memandu lah kan ? ahaks! haha. saja je nk bergurau-gurau dengan korang.hiks.okey, fine ,aku teruja sebenarnya sebab aku baru first time dibenarkan drive sendiri jauh-jauh. destinasi aku kali ni ialah ke kuala selangor.alahaii..korang pun cakap la 'ala dekat je punn' .derr ,actually aku drive dari felda sungai tengi hinggah lah ke kuala selangor.u know i drive kereta ape ? hakhak.. inspira babe.kau bayangkan .aku baru dapat lesen bulan lepas.lepas je lesen p aku keluar, aku mane ada sentuh stereng kereta dah.dasyat kan.tiba-tiba semalam sebelum pergi kuala selangor tu,my brother ask me to drive his car to kuala selangor.haha..yerr... kau tak tahu betapa gemuruhnye aku. kereta besar babe,selama ni aku reti bawak kancil je.itu pun melilau-lilau aku bawak.. haish.. 


tu diaaa.. kereta yang aku bawak.. err.. 


di jadikan cerita, tak pe lah aku anggap itu sebagai latihan aku drive lah.tapi ye lah.bapak ah, latihan bawak kereta besar terus.dalam hati aku cakap 'abang aku ni tak sayang kereta dia ke ?' haha.lantak kau aku langgar je mane yang patut.so,the tomorow nye lepas aku dah siap, abang aku pun dengan muka eksaited die pi amek sit sebelah pemamdu.aku pun pandang dia dengan muka kesian harap-harap dia tukar fikiran.ye lah , kereta besar sangat, mana berani aku nak drive.tapi abg aku buat dono je.nak tak nak kena la aku teruskan perjalanan.geram -.-'

ceh, lepas tu aku pun buat-buat la konon eksaited nak bawak kereta.lepas start enjin,masuk gear tarik handbreak,zup, kereta mati.. kahkahkah..tergelak aku.then akhirnya aku berjaya jugak mengeluarkan kereta sebesar tu dari kawasan rumah aku yang agak sempit tu.kagum tak kagum tak ? hahaa.

sepanjang perjalanan, abang aku rilek je.aku yang gelabah.tak bersandar aku time drive tu, takut tak nampak jalan.alaahhaii..haha.okey2..yerr.. aku nampak batak kan ? so, nk dijadikan cerita akhirnya sampai la aku dekat pekan kuala selangor tu.ceh, nak pergi lawan bowling actually..haha..menang hadiah nye 500 kau.. sape yang tak nak kan.sebab tak cukup orang dalam team dia, dia bawak la aku.haha.tapi now , aku tak nak cerita pasal bowling tu.aku nak cerita experience aku drive for 1st time je.next entry will be bowling ok..hikhik.

sekarang promblem aku is PARKING.hahaha masa aku belajar drive dulu nak masuk paking ade tande2 yang kita boleh tau.kalau kat sini tanda apa aku nak tengok ? hah, bantai je abang aku cakap.agak2 kereta masuk dalam kotak putih tu dah kire ok.haish.. dia cakap memang lah senang.. yang buatnya aku.asal masuk kotak putih ? heh, banyaklah dia punya kotak putih..aku nampak kotak kuning jer.. hahaha ok2..yerr aku nampak kotak putih.dapat pulak hari tu ramai orang.full parking maaa.. aku dah pusing2 sehabis mungkin cari tempat park yang paling senang and tak banyak kereta.tapi.. apa kan daya..bukan aku yang tentukan tempat park tu..dipendekkan cerita, abang aku suruh je aku parking kat mana tempat yg kosong.haha..kau tau ? orang lain park kejap je aku park.. tak terkira berapa minit aku ambik.. ni kalau time test komperm fail.

dann....

akhirnya terpaking jugak kereta tu.. macam nak nangis pun ada kau.. terharu babe. macam tak percaya ..aku dah berjaya dengan jayanya memandu tanpa bantuan pegangan stereng dari orang lain.kau tengok.. betapa aku berusaha sedaya upaya aku. sejuk beku tangan aku dalam tu.hehe..

okey, sampai sini dulu.wait for the next part yaww~ 




Review Drama : 49 Days, Pure love

Assalamualaikum dan bismillah :)

setelah sekian lame aku menghilang akhirnya aku muncul jua dengan new post.haha. aku tahu, tak ramai yang datang jengah blog teh kakchik ni, eh , blog the kakchik ni kan sebenanye.. sebab follower aku static tak berubah langsung sejak 3 bulan lepas.tragis betol. tapi tak pe, aku paham sangat dengan korang ni.tak pe2 ade rajin, ade malas, ade hari , aku balas woo.. 

ok, tamat dah intro, kita ke isi cerita.disebabkan aku dah lama tak update, hari ni aku terasa rajin sikit nak buat review korean drama.uiiyyoo.sebenarnya nak di ikutkan today aku nak share tips dengan korang, tapi tiba2 mood aku nak tulis tip tu hilang terbang melayang entah kemane.. aku pun pelik jugak padahal aku nak share ilmu ni.eceh.  okey2.. ye ye, kembali ke pangkal jalan kakchik, kita tak perlu sembang macam2.. straight to the point.

buat julung kalinya aku terasa nak buat review untuk drama korea.haha. ok aku ngaku sekarang aku tengah sibuk habiskan beberapa episod drama korea dan taiwan dan jepun.kedengaran tamak kan ? hah, jangan tipu, korang mana boleh dengar.bace je. ye, sememangnya aku tamak.tamak dan sangat haloba. tak habis lagi satu drama, aku dah pulun drama lain pulak. well, aku dah ketagih derr.. tak boleh tahan kot. ok, go to preview.

49 days , pure love.

ranking aku.>>

sadness : 10/10 (sumpah aku nangis giler2 time tengok drama ni.)
comedy :  5/10 (tak bnyak sngt unsur2 lawak dalam drama ni,yang lawak part kalau ada scheduler tu je)
start : 8/10 (tak lembab dan merepek)
ending : 7/10 ( sad ending lah.kalau ji hyun tu tak mati lagi best.dan ade part macam tak logik pun ade tiba2 ye kyung tu ade adik pulak)
story : 9/10 (best, jalan cerita tak merepek, complicated, )

ye, ye aku paham, korang mesti tak paham apa yang aku merepek dekat atas ni kan.biar aku story mory sikit ye adik2 sekalian.. 

cerita ni mengisahkan seorang gadis manja bernama shin ji hyun (nam gyu ri) yang diberi peluang kedua untuk hidup selepas hampir mati dalam kemalangan.tetapi peluang tersebut adalah dengan menggunakan tubuh orang lain sebagai tubuh pinjaman.ji hyun koma mase ni so dia punya roh jalan-jalan cari makan la kirenye.. so sebab nak kembali hidup , datang la scheduler yang hensem (jung il woo) ni tolong si ji hyun ni hidup balik, tapi dengan syarat ji hyun kena cari 3 air mata yang tulus & ikhlas dari orang yang berbeza sebagai kunci untuk dia kembali ke tubuhnya yang tengah koma tu. ji hyun ni sebenarnya anak orang kaya.dah lah kaya, manja plak tu.dia ade 2 orang kawan baik perempuan namenya shin in jung dengan park seo woo.ji hyun ni jugak dah bertunang dengan kang min ho (bae soo bin). dijadi kan cerita ji hyun kemalangan dan koma.oleh itu untuk kembali ke tubuhnya dia telah meminjam tubuh seorang perempuan yang bernama song ye kyung (lee yo won) .ye kyung ni hidup macam kera sumbang lepas boyfriend dia mati 5 tahun lepas.sepanjang ji hyun pinjam badan ye kyung ni macam2 benda yang belaku di belakang dia selama ni terbongkar.tentang kawan baiknya shin in jung merupakan gf tunang dia min ho, tentang perasaan kawan baik kang min ho, han kang (jo hyun jae) terhadap ji hyun.tentang konspirasi shin in jung dngn min ho untuk rampas syarikat  ji hyun, tentang sejarah kehidupan song ye kyung yang ade kaitan dengan scheduler yang selalu tolong ji hyun tu dan banyak lagi perkara yang selama ni shin ji hyun tak tahu semasa dia sihat telah terbongkar ..     so kalau korang nak tau jalan cerita yang sebenar, korang kena lah tengok drama ni..


1) sadness 
aku just nak cakap cerita ni berjaya dengan jayanya membuat aku menangis time tidur. dasyatkan ? betapa aku menghayati cerita ni sampai dalam tidur pun aku tersedu2.part yang paling sedih bagi aku start episod 15 sampai 20.part bile ye kyung dapat tahu perkara sebenar tentang song yi soo (bekas kekasih song ye kyung).yi soo dan yi kyung di besarkan di rumah anak yatim.yi soo jugak adalah satu-satunya orang yang paling tahu tentang ye kyung.tapi setelah berbelas tahun bersama, berlaku salah faham dan mereka pun berpisah.lepas seminggu ye kyung dengan yi soo break up, yi soo terlibat dalam kemalangan dan mati.sebab berlaku kemalangan tu dan macam mana  salah faham tu boleh selesai selepas yi soo mati , tu korang kena tegok sendiri. tapi aku bagi tau korang, korang mesti akan nangis punya kalau tengok scheduler dengan ye kyung tu menangis.dia macam bagi impak maksima dalam hati tau..hish.. susah betul nak cerita, tengok sendirilah.lagi part sedih bila kang min ho jumpa mak dia dekat rumah orang tua masa episod last. time tu min ho nangis memang aku tak boleh tahan.mak dia terlalu harapkan kejayaan min ho, last2 min ho kecewakan mak dia.kesian..lagi part sedih time ji hyun dah tau dia akan mati dan bagi tahu shin injung tentang kenangan persahabatan dorang. time tu memang sedih giler. ye lah, in jung tu dah khianat ji hyun,padahal ji hyun tu dah buat macam2 untuk in jung.bila ji hyun dah nak mati... ish2... korang pi lah tengok.. malas nak cerita..


2)comedy
erm.. bagi aku yang part kelakar kalau ada scene scheduler tu je lah. scheduler tu memang kelaka lah.dia punya ringtone telephone khas.yang khas tu lah yang kelakar.scene2 lain banyak kepada serius je.walaupun serius, tapi tetap best.

3)start 
start dia okey.mula2 aku tengok hari tu terasa macam 'ni startnye ke ? macam dah pertengahan je'.btw memang terbaiklah. start yang tak berjela.jalan cerita yang compact.seimbang semua sekali.keluarga, persahabatan,unsur2 nilai murni semua ada.

4)ending
agak kurang menyenangkan lah bagi aku sebab pelakon utama dia mati pulak..bagi aku lah kan , kalau shin ji hyun tu hidup lagi best kot.tapi ye la kan.puas hati lah jugak dengan ending dia.walaupun ji hyun mati tapi ada kejutan lain yang menjadikan ending dia best.tengok sendiri ye.. rasenya aku dah macam cerita semua kat korang sampai habis.takde2.. tak kira, korang kene gak tengok drama ni.nilai2 kemanusiaan banyak tau dari kisah cinta. 

5) full story
terbaik. cerita ni tak terlalu lambat dan tak ada scene ulangan.tapi lebih banyak kejutan di akhir2 tu.seriously, memang banyak kejutan.aku asyik feel suspen je tengok drama ni.lagi pun sapa yang suka jalan cerita yang komplikated dan tak mengada2 ceritanya memang wajib tengok ni.cerita ni bukan macam cerita lain yang banyak menceritakan cinta 3 segi.tapi 49 days ni kisah cinta nya cinta bersegi-segi bukan 3 segi dah..
cerita ni memang sedih sebab ji hyun dah tau waktu kematian dia lepas tu dia try nak buat orang di sekeliling dia happy.. dah lah tu dia baru bangun dari koma , lepas tu tiba2 diberitahu tarikh kematian dia,sedih gilerr.. sob .. sob.. 

korang patut tengok cerita ni kalau
  • korang suka layan cerita sedih dan suka nangis depan tv or lappy
  • korang suka cerita yang tak banyak cerita tentang cinta but more to friendship
  • korang suka cerita yang complicated
  • korang suka fantasi (benda luar logik)
  • korang suka cerita yang tak dikelilingi 'flower boy'
  • korang suka awek cute( nam gyu ri cute gile weyh, aku yg perempuan ni pon eksaited je tengok dia) huhu

korang tak patut tengok cerita ni kalau
  • korang tak suka benda luar logik
  • korang jenis sukakan drama comedy romantic 
  • korang tak suka nangis depan tv or lappy
  • korang suka flower boy

kesimpulan, tengok je cerita ni.kalau korang  google  ranking drama korea kan , mesti 49 days dalam top 5 atau top 10.pecayalah. okey, setakat ni dulu,sebarang komen dan bantahan diterima di ruang komen ye.dialu-alukan mengomen ye.

urm..before that, aku bagi link la kat korang yang nak tengok drama ni
lepas penat aku bercerite, aku jamu pulak korang dengan pic pelakon 49 days,pure love.. 









          
                                                                        Main Character                        
    
nam gyu ri 

lee yo won 
                                                                                                                                                                   
jung il woo 
jo hyun jae
bae soo bin 




 
seo ji hye 

picture sad scene >_<










time ni song ye kyung nangis di episod last sekali.yang ni pun scene sedih yang boleh buat korang nangis kuat2

part yi soo berjumpa balik dengan ye kyung.sedih giler.. :')

time ni bile ji hyun tahu tentang cerita sebenar  ye kyung.. 

serious kalau scheduler ni menangis ,korang pun mesti nangis sekali.. :(

lepas dia tau dia akan mati semula.. uuww.. sedihnye.. :(


itu sahaje yang mampu aku paparkan kat sini, yg lain google ye, haha :) 

sekian.













Tips smart kutip hutang dari kawan

1/3/2012


Assalamualaikum :)


suasana indah pagi-pagi ni.angin kureng sepoi.biasalah rumah atas bukit ala-ala cameron, mane jumpa angin sepoi-sepoi weyh.mood tulis entry tak datang pon sebenarnya.tapi diri ni tetap memaksa untuk menulis sesuatu di blog huduh ni. bila jiwa dah menginginkan,jangan katakan taknak pada tangan. so aku nak bercakap hari ni tentang tip yang korang boleh guna untuk kutip hutang dari korang punya kawan baik a.k.a bff entah forever entah tak.


lepas beberapa kajian yang aku dapat dari beberapa forum, aku dapati masalah macam ni bukan kadang-kadang berlaku.tapi selalu.ye lah aku memang paham sangat dengan korang-korang nih.asal kawan sikit semua nak bagi.muka senyum je.tak berani nak tegur.kalau dah berhutang tu.tak berani nak mintak balik.dont wory.. aku pun sama macam korang. kawan baik kan.kang kalau kita mintak hutang tu kompem2 ler kena kutuk belakang lepas tu.lagi-lagi perempuan..


kadang-kadang lepas kita mintak dia bayar hutang, mangkuk tu tak nak bayar pulak.dah satu hal kena mintak sekali lagi.kan payah.. korang mesti malu punya nak mintak untuk kali kedua kan ? wait, tak malu ? ohh aku je ke yang malu nak mintak hutang untuk kali kedua ? okey, sekarang aku sedar aku ni baik.ahaks.


yang aku panas, dah la pinjam duit kita.buat buat lupa nak bayar tu satu hal.duit yang dia pinjam tu dia pi bawak joli beb.aku bukan main bercekik nak makan, dia dengan muka gumbire je joli duit aku.adoihh.. 


so antara jalan penyelesaian yang aku dapat kemukakan disini adalah ..

1-direct to the point.
first of all, kalau kau nak buat step yang ni, kena la tabah kan diri kau .kau kene terima dengan hati terbuka apa yang akan jadi dengan relationship kau tu.sebab apa ? sebab.. aku sure lepas ni kau dengan kawan baik kau tu tak kan jadi serapat kanggaru dengan anaknya atau sedekat the couple of belangkas .just direct cakap kat dia.jumpa dia depan-depan then cakap

"minah,minggu lepas kau ada hutang dengan aku kan.pe kata kau bayar sekarang"
or
"aku tak da duit la sekarang.bayar hutang aku yang dulu boleh ? " -->> yang ni ayat baik sikit


2-use sms 
okey, yang ni kalau kau tak sanggup nak tengok muka kawan kau tu berubah lepas kau mintak hutang dari dia.so, pakai la sms.alah tanye je direct.karang kalau kita bermadah helah bergurindam serta berseloka bagai tak paham pulak.maklumlah orang yang tek reti nak bayar hutang ni selalunya secara tiba-tiba tak paham satera yang tinggi2 nih.tak tau lah pasai pa kan.buat-buat tak tau la kot.send kat dia macam ni

"aku kering la sekarang,duit yang kau pinjam minggu lepas tak nak bayar ke ?"
or
"minah, bayar la hutang yang kau pinjam hari tu.wa kering la sekarang"


3-kiasan 
kepada pemerli pemerli sekalian .tugas anda amat diperlukan.sindir and perli kaw-kaw bia dia terasa sampai dah tak da lidah dah nak digigit.jangan kesian-kesian.ni untuk kepada peminjam-peminjam yang tak nak bayar atau liat beno nak membayar.dah pinjam tahu lah bayar.buat bangang tetiba nape ?pannas owh aku dengan makhluk2 macam ni.kau semua buat macam ni

  • go to tempat dia duduk duduk.macam kat depan tv ke, atas katil ke or kat mana-mana lah.
  •  then, ngadu kat dia tentang kawan kau yang tak bayar duit tu dekat dia.padahal kau tengah cakap pasal dia.dan tolong tolong jangan bangang sanagt sebut nama dia.kalau nak sebuat nama dia, tak payah ikut step ni.kau pi baca step yang no 2 tadi.
  • ex : "jah, aku ni geram betul dengan senah tu.dah la pinjam duit aku.pinjam time aku sengkek pulak tu.lepas tu tak reti nak bayar balik.kawan apa tu.pinjam tu boleh je, tapi pandai2 la nak bayar.aku nak mintak segan dow." (ni tak cukup pedas weh,nanti korang buat pedas-pedas tau.jangan kasi can woo)
  • tengok reaksi dia.::
  • -kalau dia balas macam ni : ye ke ? sian kau. (maknanya dia tak lulus bm mase dia spm.atau dia saje je buat buat bangang depan kau.atau dia memang tak nak mengaku dia pinjam.dengan kata lain dia memang tak akan bayar kalau korang tak cakap direct je dengan dia.)
  • -kalau dia balas macam ni : eh, dulu aku ada pinjam duit kau kan? berapa ha ? aku dah bayar ke belum ha ? (yang ni ade can nak bayar tapi bab tanya dah bayar ke belum tu memang tak boleh blah.dah lah tak bayar lagi ,lepastu dia ingat dia dah bayar ? watthehell~.
  • atau dia balas : aku lah tu ( dia memang pandai, lepas dia cakap macam ni kau terus je sebut amount nye.senang biar dia ingat )


4) pinjam balik duit dekat dia ikut amount yang dia pinjam.
paham kan.pinjam je balik ikut amount yang dia pinjam dulu.kalau andaikata lepas tu dia mintak hutang dekat kau,kau cakap lah kat dia

"eh, tolak hutang kau yang dulu kira settle lah ye"

tak pun lepas je kau pinjam duit tu kat dia ,kau cakap je terus "ni tolak hutang kau yang dulu lah ye" (make sure duit nye dah ada kat tangan baru cakap , kalau tak err.. erm.. )


tapi kalau kawan kau tu pinjam beratus beribu-riban , kau better direct je cakap dekat dia.kalau dia still tak nak bayar tapi dia mampu nak bayar.kau ugut dia.HAHA.

okey,yang ugut tu jangan ikut.sesat tu,

so, elakkan diri korang senua dari pinjam duit dari kawan korang ye.kawan ni memang, sebab setatus dia kawan nak tak nak kena tolong ( tak ikhlas).tapi manusia ni pelupa dan suka buat-buat lupa ,bila orang dah tolong naik bulu pulak..entah lah~.. 


klik banner ni untuk usha hadiah-hadiah cooooool..

disebabkan aku terlalu lapar ...

25-2-2012

Assalamualaikum :)

hai korang ,
nak di ikutkan dah nak dekat dua minggu aku tak update blog kan ? bizi la.tapi sikit pun aku tak risau sebab korang bukan tunggu pun update dari aku kan ? heh, (kecik hati)

disebabkan aku tengah lapar dan tengah bosan , aku decide nak post benda ni supaya aku dapat feel kenyang dulu sebelum makan. ni adalah antara aktiviti aku sebelum nak masak dan makan.ye.. aku pandai masak.tak menyesal korang buat aku jadi bini,percayalah..hihi (>_<)

okey, aku hidangkan korang sebelum dinner ni dengan gambar2 yang mengenyangkan ;) haha..


kek pelangi-my fev (ahaks)



uii..tudiaa.. tomyam seafood fev aku jugak.. 
beso2 kan menatang dalam mangkuk tu :)


ni pulak ayam masak merah.pun fev aku jugak :)
uii.. meleleh~

steak kg baru..pehh.. siries sedap. 


ni adalah laksa johor.aku bukan orang johor, tapi aku suka laksa ni.
hehe.bezanya? entah.aku rasa macam sama je dengan laksa biasa.
tapi sedap la.maybe sebab mak aku yang masak..haha

ayam percik kelantan.terbaikk..sodap ..berlomak gitu (ape cakap minang tetiba ni?)


last.. pencuci mulut.. Abc special dari shah alam ..
korang tengok pun dah nampak sedap.kalau makan ? haha

sumber : google & my selfcam

okey, aku nak pegi makan dulu :) hihi  bye.





klik banner untuk usha2 hadiah coool ...

Doodle sulung dirasmikan

Assalamualaikum,

selamat pagi korang.. hari nk aku buang tebiat sikit bangun pukul 4 pagi.tetiba terjaga.nak suruh aku buat qiam lah tu.hihi.tapi aku memang buat pun.ye ye, aku memang baik.

okey, hari ni just nak bagi tahu korang about doodle sulung aku yang aku dah lama lukis tapi aku tak rasmikan lagi dengan rasminya.so hari ni saja je lah buat entry nak show off my first doodle.haha. yang penting doodle ni aku buat pakai tangan sendiri bebekalkan teknologi photoscape sahaja ye.bukan ps.so memang tak lawa.

doodle yang ni bukan doodle melukis use mouse, tapi lebih kepada aplikasi bentuk je.orang tak pro biasa lah.so, dari membebel tak tentu pasal ni ,aku tunjukkan lah doodlenye..



comel tak ? tak ? tak pe lah~~..
terletak url blog lame plak~ haha

lame jugak lah ye nak lukis doodle ni.dulu aku ingat senang je.sekali try, ambik kau dengan tangan keras nye memang payah la.well, orang tak da bakat biasalah ayat~.. ohh, doodle tu pakai spect sebab tuannye pun same~ hihi..

okey,nak tunjuk tu je, ok, bai :)





klik banner ni usha2 hadiah cooool.. ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Have a nice day everyone :)
- - - - -