Assalamualaikum dan bismillah :)
setelah sekian lame aku menghilang akhirnya aku muncul jua dengan new post.haha. aku tahu, tak ramai yang datang jengah blog teh kakchik ni, eh , blog the kakchik ni kan sebenanye.. sebab follower aku static tak berubah langsung sejak 3 bulan lepas.tragis betol. tapi tak pe, aku paham sangat dengan korang ni.tak pe2 ade rajin, ade malas, ade hari , aku balas woo..
ok, tamat dah intro, kita ke isi cerita.disebabkan aku dah lama tak update, hari ni aku terasa rajin sikit nak buat review korean drama.uiiyyoo.sebenarnya nak di ikutkan today aku nak share tips dengan korang, tapi tiba2 mood aku nak tulis tip tu hilang terbang melayang entah kemane.. aku pun pelik jugak padahal aku nak share ilmu ni.eceh. okey2.. ye ye, kembali ke pangkal jalan kakchik, kita tak perlu sembang macam2.. straight to the point.
buat julung kalinya aku terasa nak buat review untuk drama korea.haha. ok aku ngaku sekarang aku tengah sibuk habiskan beberapa episod drama korea dan taiwan dan jepun.kedengaran tamak kan ? hah, jangan tipu, korang mana boleh dengar.bace je. ye, sememangnya aku tamak.tamak dan sangat haloba. tak habis lagi satu drama, aku dah pulun drama lain pulak. well, aku dah ketagih derr.. tak boleh tahan kot. ok, go to preview.
49 days , pure love.
ranking aku.>>
sadness : 10/10 (sumpah aku nangis giler2 time tengok drama ni.)comedy : 5/10 (tak bnyak sngt unsur2 lawak dalam drama ni,yang lawak part kalau ada scheduler tu je)start : 8/10 (tak lembab dan merepek)ending : 7/10 ( sad ending lah.kalau ji hyun tu tak mati lagi best.dan ade part macam tak logik pun ade tiba2 ye kyung tu ade adik pulak)story : 9/10 (best, jalan cerita tak merepek, complicated, )
ye, ye aku paham, korang mesti tak paham apa yang aku merepek dekat atas ni kan.biar aku story mory sikit ye adik2 sekalian..
cerita ni mengisahkan seorang gadis manja bernama shin ji hyun (nam gyu ri) yang diberi peluang kedua untuk hidup selepas hampir mati dalam kemalangan.tetapi peluang tersebut adalah dengan menggunakan tubuh orang lain sebagai tubuh pinjaman.ji hyun koma mase ni so dia punya roh jalan-jalan cari makan la kirenye.. so sebab nak kembali hidup , datang la scheduler yang hensem (jung il woo) ni tolong si ji hyun ni hidup balik, tapi dengan syarat ji hyun kena cari 3 air mata yang tulus & ikhlas dari orang yang berbeza sebagai kunci untuk dia kembali ke tubuhnya yang tengah koma tu. ji hyun ni sebenarnya anak orang kaya.dah lah kaya, manja plak tu.dia ade 2 orang kawan baik perempuan namenya shin in jung dengan park seo woo.ji hyun ni jugak dah bertunang dengan kang min ho (bae soo bin). dijadi kan cerita ji hyun kemalangan dan koma.oleh itu untuk kembali ke tubuhnya dia telah meminjam tubuh seorang perempuan yang bernama song ye kyung (lee yo won) .ye kyung ni hidup macam kera sumbang lepas boyfriend dia mati 5 tahun lepas.sepanjang ji hyun pinjam badan ye kyung ni macam2 benda yang belaku di belakang dia selama ni terbongkar.tentang kawan baiknya shin in jung merupakan gf tunang dia min ho, tentang perasaan kawan baik kang min ho, han kang (jo hyun jae) terhadap ji hyun.tentang konspirasi shin in jung dngn min ho untuk rampas syarikat ji hyun, tentang sejarah kehidupan song ye kyung yang ade kaitan dengan scheduler yang selalu tolong ji hyun tu dan banyak lagi perkara yang selama ni shin ji hyun tak tahu semasa dia sihat telah terbongkar .. so kalau korang nak tau jalan cerita yang sebenar, korang kena lah tengok drama ni..
1) sadness aku just nak cakap cerita ni berjaya dengan jayanya membuat aku menangis time tidur. dasyatkan ? betapa aku menghayati cerita ni sampai dalam tidur pun aku tersedu2.part yang paling sedih bagi aku start episod 15 sampai 20.part bile ye kyung dapat tahu perkara sebenar tentang song yi soo (bekas kekasih song ye kyung).yi soo dan yi kyung di besarkan di rumah anak yatim.yi soo jugak adalah satu-satunya orang yang paling tahu tentang ye kyung.tapi setelah berbelas tahun bersama, berlaku salah faham dan mereka pun berpisah.lepas seminggu ye kyung dengan yi soo break up, yi soo terlibat dalam kemalangan dan mati.sebab berlaku kemalangan tu dan macam mana salah faham tu boleh selesai selepas yi soo mati , tu korang kena tegok sendiri. tapi aku bagi tau korang, korang mesti akan nangis punya kalau tengok scheduler dengan ye kyung tu menangis.dia macam bagi impak maksima dalam hati tau..hish.. susah betul nak cerita, tengok sendirilah.lagi part sedih bila kang min ho jumpa mak dia dekat rumah orang tua masa episod last. time tu min ho nangis memang aku tak boleh tahan.mak dia terlalu harapkan kejayaan min ho, last2 min ho kecewakan mak dia.kesian..lagi part sedih time ji hyun dah tau dia akan mati dan bagi tahu shin injung tentang kenangan persahabatan dorang. time tu memang sedih giler. ye lah, in jung tu dah khianat ji hyun,padahal ji hyun tu dah buat macam2 untuk in jung.bila ji hyun dah nak mati... ish2... korang pi lah tengok.. malas nak cerita..
2)comedyerm.. bagi aku yang part kelakar kalau ada scene scheduler tu je lah. scheduler tu memang kelaka lah.dia punya ringtone telephone khas.yang khas tu lah yang kelakar.scene2 lain banyak kepada serius je.walaupun serius, tapi tetap best.
3)start start dia okey.mula2 aku tengok hari tu terasa macam 'ni startnye ke ? macam dah pertengahan je'.btw memang terbaiklah. start yang tak berjela.jalan cerita yang compact.seimbang semua sekali.keluarga, persahabatan,unsur2 nilai murni semua ada.
4)endingagak kurang menyenangkan lah bagi aku sebab pelakon utama dia mati pulak..bagi aku lah kan , kalau shin ji hyun tu hidup lagi best kot.tapi ye la kan.puas hati lah jugak dengan ending dia.walaupun ji hyun mati tapi ada kejutan lain yang menjadikan ending dia best.tengok sendiri ye.. rasenya aku dah macam cerita semua kat korang sampai habis.takde2.. tak kira, korang kene gak tengok drama ni.nilai2 kemanusiaan banyak tau dari kisah cinta.
5) full storyterbaik. cerita ni tak terlalu lambat dan tak ada scene ulangan.tapi lebih banyak kejutan di akhir2 tu.seriously, memang banyak kejutan.aku asyik feel suspen je tengok drama ni.lagi pun sapa yang suka jalan cerita yang komplikated dan tak mengada2 ceritanya memang wajib tengok ni.cerita ni bukan macam cerita lain yang banyak menceritakan cinta 3 segi.tapi 49 days ni kisah cinta nya cinta bersegi-segi bukan 3 segi dah..cerita ni memang sedih sebab ji hyun dah tau waktu kematian dia lepas tu dia try nak buat orang di sekeliling dia happy.. dah lah tu dia baru bangun dari koma , lepas tu tiba2 diberitahu tarikh kematian dia,sedih gilerr.. sob .. sob..
korang patut tengok cerita ni kalau- korang suka layan cerita sedih dan suka nangis depan tv or lappy
- korang suka cerita yang tak banyak cerita tentang cinta but more to friendship
- korang suka cerita yang complicated
- korang suka fantasi (benda luar logik)
- korang suka cerita yang tak dikelilingi 'flower boy'
- korang suka awek cute( nam gyu ri cute gile weyh, aku yg perempuan ni pon eksaited je tengok dia) huhu
korang tak patut tengok cerita ni kalau
- korang tak suka benda luar logik
- korang jenis sukakan drama comedy romantic
- korang tak suka nangis depan tv or lappy
- korang suka flower boy
kesimpulan, tengok je cerita ni.kalau korang google ranking drama korea kan , mesti 49 days dalam top 5 atau top 10.pecayalah. okey, setakat ni dulu,sebarang komen dan bantahan diterima di ruang komen ye.dialu-alukan mengomen ye.
urm..before that, aku bagi link la kat korang yang nak tengok drama ni
lepas penat aku bercerite, aku jamu pulak korang dengan pic pelakon 49 days,pure love..
Main Character