Meaningful

Bismillah 

Assalamualaikum ,


hari ini saya terdetik nak selongkar fb kawan2 saya. saya terjumpa kisah seorang kanak2 yang hebat. so saya rasa hebat untuk share kisah ni. sebak saya membacanya. harap anda seperti saya :) 


sumber : link  


KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.






erm.. sesungguhnya saya sangat kagum dengan kanak2 ini. dia menyedarkan saya,siapa sebenarnya saya :') 





Go to Konvensyen MBF Negeri Selangor - part I -


Assalamualaikum, 


Bismillah, 


Today start with buka Twitter and Log in Fb . yeah, life kakchik semakin suram sejak kebelakangan ni. tak tahu lah kenapa. mungkin sebab cuti semester semakin hampir to the end .ermm maybe. 

post today , i want to share to you ols sekalian pengalaman kakchik di Terengganu. hey , why ke Terenganu ,? erm.. kakchik ada ikut satu program yang felda sediakan untuk para belia muda cun dan rupawan ni kat sana. that program is called as 'konvensyen Majlis Belia Felda Negeri Selangor' . 

yup, Selangor punye tapi tak tau lah kakchik kenapa depa buat kat Terengganu.kakchik malas nak cerita details, so erm..kachik cerita sikit and put pictures je lah ok ? 

kakchik pergi dengan my bff lah , si kakak comel Aien, hee. actually , i jadikan die my photographer jer~ haha

we gerak from my felda on 1.00 a.m maybe, erm i could not remember lah.sebab this program actually happen last year ,yeah (2012) .and now was 2013, so erm.. i kinda forgot about the time ..huhu

ok, sepanjang perjalanan ke Kuala Terennganu tu , kakchik hanya tidur saje. sebab kakchik agak penat waktu siang tu . so in that persiaran bus , i just got sleep and unaware with everything happen to the bus. hahaha

then we arrive at Kuala Terennganu around erm.. 9.00 a.m maybe.yeah , 9.00 a.m. wow, hebak gile kau kakchik tak menyedor pun dah sampai negeri orang ~ haha, that's rite bebeh , i tido mampus dalam bus , buka-buka mata je da sampai kat Terengganu. 

we pusing-pusing Terengganu nih sebelum pergi hotel. tapi sangat lah tak best sebab dari pagi sampai esok dan lusanya, hujan tak berhenti menyinggah bumi. sedih la jugak.. tak boleh nak turun snap-snap gambo..

dari dalam bus. Hujan je memanjang..musim tengkujuh la katekan .. :( 


then we check in hotel. hotel yang kelass kau jahh.. Hotel Residence Felda. yup, taraf hotel tu ? erm..berape bintang ye ? i dont know lah.tapi that hotel nampak mewah lah..boleh la tahan,..

Felda Residence Hotel >_< 


at lobby hotel , 
lobby nye kat level 2.huhu

view from the lobby , cool kan . hotel tu betul2 kat sebelah sungai.

ni pulak bilik hotel. haha.abaikan segala macam atas katil tu. 

rating bilik ? erm.. 7/10 maybe . best la bilik die actually. ade freezer, ade tv , ade astro (HBO pun ade) haha.. ade arrow to kiblat , ade iron and board , wardrobe die besar giler boleh muat 4-5 orang dalam satu2 mase, ade kerusi and meja untuk tengok view dari windows. ade 2 cermin gergasi , ade WIFI, kekasih hati ,.. haha. sejadah , towel , heater , sandle bilik , semua hado..  dont wory ah its very very comfortable.

shower die not bad kan ? >_<

petang tu lepas briefing , kitorang rest je kat bilik hotel and kakchik macam biasa , tido ~ hehe ,pukul 6.00 p.m kene kumpul kat level 1 untuk naik bus ke Masjid Kristal .we prayed  solat maghrib at there. 

and sumpah masjid-masjid kat Tengganu nih lawo-lawo belako . geram pulak nengoknye. masa pusing-pusing ganu pagi tadi mata kakchik tak berhenti membulat menatap kecantikan masjid-masjid kat ganu ni. ish.. nanti kakchik nak design masjid macam tu lah >_< 



sebelah kiri tu tempat ambil wuduk perempuan :) 
sebenarnya agak jauh dari tempah solat untuk perempuan.erm,.. agak kureng sesuai lah >_<  ok.it just my opinion ,

aien mengadap masjid kristal yang memukau mata :) 

after that , kami gerak ke erm.. satu restoran ni , i dah lupe name die.tapi our dinner ditaje oleh mereka lah, kakchik tau makan je. sampai-sampai nampak hidangan dah tersedia atas meja , what you waiting for right ? haha. disebabkan dah malam and kakchik tak nampak ape kat belakang restoran tu tapi rase nya restoran tu dekat dengan sungai atau pantai sebab angin malam tu terlalu kuat macam kat tepi pantai sampai kakchik rase macam nak terbang..

dinner at that erm..,restoran -_- 

menu kami malam tu : siakap 3 rasa , udang& sotong goreng bertepung , khailan masak belacan , sambal belacan & timun , tomyam udang , fresh oren , nasi putih .hehe  
(1 meja untuk 4 orang , so agak banyak lah untuk kami yang kecil molek ni habiskan ) 


malam tu kami memang kekenyangan giler. haha. perut ni macam nak meletup je rasa..

dah habis makan , kami  blah  balik ke hotel again.. sampai hotel dalam pukul 11-12 malam kot. i'm not remember sangat lah. tapi memang malam tu kakchik sampai je hotel terus cari bilik nak pi tido.hehe . 

before tido malam tu , kakchik kena mengonline dulu. perkara wajib tu. update and bahan orang kat twitter kejap, then masuk tido :) 

ok, thats all dulu, nanti kakchik sambung part II ok :) 

klik sini untuk part II




-tambahan sahaja- kakchik nak luahkan perasaan sikit ..erm.. terpulang nak baca atau tidak..sebab selalunya kakchik ni bab luah perasaan memang emo.hehe

  • ade beberapa perkara yang kakchik tak berapa suka dengan ahli rombongan.. erm..pertama,belia lelaki. yang belia lelaki memang lah hensem-hensem belaka..umur pun tak lah terlalu tua,standard age lah, yelah belia kan, dalam lingkungan 20-40 jelah ... tapi perangai nye pulak tak berapa nak hensem. kalau mulut tu kakchik boleh gunting nak je kakchik potong satu2. haihh.. -_- 
  • yang belia wanita pulak, ada yang mulutnya sama tahap je dengan belia lelaki. i tau lah dalam bus tu ramai yang dah berkahwin maybe, tapi jangan nak cerita sangat pasal malam pertama korang dalam bus tu. sebab ramai lagi belia bawah umur macam kakchik yang tak suka korang buka cerita merepek tu.kot ye pun nak buat suasana bus jadi happening, cubalah bercakap dengan cara matang dan setaraf dengan umur.. jangan lah sampai kami warga tak cukup umur ni menegur..  

  • lagi satu , belia wanita ni, kalau kami stop dekat perhentian, boleh dikira pakai jari je siapa yang turun and terus ke surau untuk solat tau ,bukan betulkan tudung ye. nampak tak kat situ ?  
  • kakchik nak tegur , tapi kakchik antara yang paling muda kat situ,. and kakchik tak tau cara nak tegur dengan betul.. sedih bila tengok mereka ni. ok, kakchik, cuba kau try jadi optimis sikit...fine, kakchik optimis, mereka uzur, tapi takkan lah ramai sangat ? bile kakchik cakap pakai jari means kurang dari 10 orang , maybe only 5 kot. . agaklah kan, dalam bus tu pesertanya ade half wanita ,and half lelaki, tambah lagi dengan urusetia yang datang by the car. dah berapa kan , so.. erm.. 


kakchik bukan nak merungut.. tapi erm.. memang kakchik nak merungut. ! huh. tak tau la nak cakap geram ke takk.. ish~.

sambung part II di sini 




Failures

Assalamualaikum , 


Bismillah .., 

ermmmm..

kau , kau and kau , ye kau yang sedang membaca ni lah , abis kau ingat sape lagi ? ahh..  kakchik nak ingatkan kau sikit. 

kau manusia kan ? kau selalu buat mistake, buat kesilapan.kau buat kesilapan macam kesilapan tu sebahagian daripada hidup kau. so wajarlah kau  kena gagak dulu , ok silap, GAGAL dulu , bukan gagah, apatah lagi gogal, tapi GAGAL.. sebab apa ? heyyy~ sebab kalau kau tak GAGAL ,  kau tak BELAJAR , kalau kau tak BELAJAR , kau tak kan pernah BERUBAH. kalau kau tak pernah BERUBAH , kau nak jadi ape ? faham  ?  

so kesimpulannya disini , kau kau dan kau , oh pehliss lah jangan nak malu tak tentu pasal bila kau gagal dalam sesuatu perkara yang kau buat. kau anggap je gagal tu one of the steps before you success ;)  

simple kan ?  






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Have a nice day everyone :)
- - - - -